Kanser Usus Meningkat??
Menurut akhbar metro 13/7/13, Di negara kita, sehingga 2002, sebanyak 2,778 kes dicatatkan dengan 59.6 peratus daripada jumlah itu membabitkan pesakit keturunan Cina.
Nah, inilah ni sa mau kasi ketengahkan.. selalunya bagi wanita kanser usus kini berada pada tangga ketiga selepas kanser payudara dan serviks. Bagi kaum Adam pula, inilah kanser paling kerap berlaku dan lebih membimbangkan, insiden kanser usus pada lelaki dan wanita semakin meningkat di kalangan individu berumur 40 hingga 50 tahun ke atas.
Tanda kanser usus
1) Kerap buang air, tetapi tetap rasa tidak puas.
2) Alami masalah sembelit dan cirit-birit berselang seli.
3) Najis bercampur dengan darah atau berwarna kehitaman.
4) Perut rasa tidak selesa, memulas dan terasa asyik hendak buang air besar
(walaupun sebenarnya tidak perlu).
5) Muntah, hilang selera makan, berat badan turun tanpa sebab dan kerap penat.
6) Pada keadaan serius, pesakit mungkin tidak boleh buang air.
Faktor risiko
1) Umur. Golongan berumur 50 tahun ke atas lebih berisiko dan lebih 90 peratus kes kanser usus di negara kita membabitkan warga emas.
2) Kehadiran polip dalam usus. Kebanyakan kanser usus bermula dengan polip. Ketumbuhan kecil yang bersifat bukan kanser ini tumbuh pada dinding usus besar. Sesetengah polip ini boleh berubah kepada kanser. Pengesanan awal membolehkan polip ini dibuang dan mencegah pertumbuhan sel kanser.
3) Sejarah keluarga. Individu yang mempunyai ahli keluarga menghidap kanser usus lebih berisiko untuk mendapat penyakit ini berbanding orang lain.
4) Sejarah diri yang pernah menghidap kanser.
5) Pemakanan. Pemakanan yang kaya lemak, banyak daging dan terlalu kurang serat adalah faktor utama yang meningkatkan risiko diserang kanser usus.
6) Merokok dan obesiti.
7) Alkohol.
8) Kurang bersenam.
Cara saringan atau diagnos
1) Barium enema - pemeriksaan saluran pencernaan bawah.
2) X-ray kemudian dilakukan selepas barium enema.
3) Tidak boleh melakukan biopsi.
4) CT kolonografi.
Rawatan
1) Pembedahan - barah di usus dan kelenjar limfa di sekelilingnya akan dibuang.
Usus yang tertinggal akan dicantum semula bagi membolehkan pesakit membuang najis secara normal selepas pembedahan. Jika usus tidak boleh dicantum secara keseluruhan, sebahagian daripadanya mungkin dicantum dengan dinding abdomen pesakit yang membentuk laluan najis.
2) Kolonoskopi - memasukkan alat berkamera melalui dubur untuk melihat secara langsung keadaan atau penyakit yang terdapat pada permukaan dalam saluran usus besar. Polip yang bertukar kepada tumor/kanser dan dikesan pada peringkat awal boleh dibuang dengan cara menyedutnya menerusi teknik ini.
3) Kolostomi - pembedahan pembukaan melalui abdomen untuk menyalurkan najis keluar melalui beg yang dipakai pesakit. Biasanya ia berbentuk sementara atau kekal bagi sesetengah kes.
4) Kimoterapi
5) Radioterapi
Peringkat perkembangan kanser usus dan peratusan peluang bertahan hidup lima tahun
A) Ketumbuhan cuma di dinding usus - 80 hingga 100 peratus.
B) Ketumbuhan menembusi dinding usus - 66 peratus.
C) Merebak sehingga bahagian limfa - 33 peratus.
D) Merebak ke bahagian lain - kurang lima peratus.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/04
Petikan daripada mymetro
Comments
Post a Comment